Monday, 8 August 2011

~ ana bukan Rabiatul Adawiyah ~




Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama..

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yg bijaksana pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yg sentiasa bersarang

Mengalir airmataku..
melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah.
Akur dalam setiap perintah
taat dengan ayahandanya yg sentiasa berjuang
tiada sebarang harta dunia
layaklah dia penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah
ingin kuintip serpihan sabar
dr catatan hidup siti sarah



Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
mati dalam keunggulan iman
bersinar indah harum tersebar
bagai wanginya pusara Masyitah..




::~ pernikahan ~::



Basmalah,,,
Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Amin...

Sunday, 7 August 2011

! ~ Anugerah Solehah Yang Tinggi ~ !



Assalamualaikum,,,sahabat- sahabat yang dikasihi sekalian.  Alhamdulillah,,saat ini, ana yang zulmat ini diberi sedikit ruangan masa dan tenaga untuk berkongsi sesuatu yang mungkin dapat kita jadikan panduan dan pedoman dalam melayari kehidupan kita di akhir zaman ini. inshaALLAH..mengenai AURAT...

Ana pernah mendengar pendapat wanita itu mengatakan "Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." Persoalan yang ana dapat, adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt????

Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

kita ambil pengajaran daripada sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih

Sedikit kisah jua daripada seorang rakan. Dia menceritakan bagaimana dia malu apabila sikapnya yang suka mendedahkan aurat ditegur saudara kandungnya sendiri yakni abang kandungnya. Katanya, pada suatu petang sebelum pergi untuk bekerja, dia menyiapkan diri dengan berpakaian t-shirt bersaiz BUDAK-BUDAK , mengenakan seluar jeans dan tudung bawal jarang. Sebelum kakinya melangkah keluar dari pintu rumah, tiba- tiba dia ditegur abangnya.
Abang: ni kenapa pakai baju ketat, seluar ketat ni??? Tak malu ke bila lelaki tengok body hang???
Aina(bukan nama sebenar) : erpp (dengan muka tersentap dan malu). Err….
Sejurus selepas teguran itu,aina terus masuk ke bilik dan menangis semahunya,,dia sedar! Dia malu akan kata-kata abangnya, dia membayangkan bagaimanakah pandangan lelaki-lelaki lain di saat dia memakai pakaian yang ketat itu’ malunya tidak terhingga…di saat itulah  hidayah Allah melimpah kepadanya,,,dia berubah akhirnya,, kepada yang ketat kepada longgar, daripada jarang kepada yang tebal,,,,,~ Alhamdulillah,,,, =)

Sahabiah sekalian, kalian tentu dah tahu bukan,,wanita itu anugerah solehah yang tinggi khusus buat ayahandanya, abangnya, suaminya dan keluarganya,,lihatlah, begitu banyak harta yang ada pada diri yang di beri loan oleh Allah untuk kita pelihara sebaiknya,,,,
Lihat ni,,banyak kan harta yang berharga ada pada wanita. Dibandingkan dua ganjaran dari Allah,,bagi orang yang berpuasa, mereka akan memasuk syurga melalui pintu puasa yakni pintu Ar-Rayyan, begitu juga yang syahid, dermawan dan sebagainya. Tetapi bagi wanita solehah, mereka ada peluang untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai. C….besarkan GANJARAN ALLAH BUAT WANITA YANG SOLEHAH..Sungguh tinggi darjatnya disisi Allah swt. Abaikanlah andai darjat anda disisi manusia diperosok ke dasar yang paling bawah kerana sifat solehah anda. Utamakan apa sahaja di sisi Allah Swt.

Harta yang berharga ada pada wanita, terkadang mengundang padah.  sesuatu yang di anugerahkan Allah , harta yang tidak ternilai, namun menggunakan harta itu ke jalan yang mengundang dosa, !
1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Ayuh sahabiah, kita kekalkan harta yang berharga ini khusus buat yang haq, terpelihara daripada nuansa dosa,,,, inshaALLAH,,,

SEMOGA KITA DAPAT BERAMAL . AMIN YA ALLAH
~ Pengemis Cinta Ilahi ~








Monday, 1 August 2011

~ :: kanak- kanak dan berpuasa :: ~

td tgk tv...temuramah anak2 kecil drjah 1,, reaksi mereka bpuasa di hari pertama di bulan ramadhan ::

situasi 1
wartawan -- adik,,adik puasa tak harini??
murid darjah 1-- puasa,, walaupun saya puasa,tapi sy bnyak cakap,, tak penat punnn

situasi 2
wartawan-- adik.. adik puasa tak hari ni??
murid darjah 1-- puasa ! puasa !
wartawan-- balik dari sekolah nnti nak buka puasa tak??
murid darjah 1-- tak nak ! tak nak! kita nak buka puasa pukul 7.30

pndedahan awal kepada kanak2 tentang bpuasa di bulan ramadan.. abah dan ibu mengajar anak2 mereka bpuasa seawal usia. si anak akan terbiasa dan faham dgn tuntutan ini shgga lah mereka mncapai umur yg mwajibkan mereka untuk bpuasa. anak amanah abah dan ibu.nowadays all kids start puasa at young age. jd bmakna abah dan ibu kena kuatkan semangat dan tekad utk terus melatih dia dari sehari ke sehari smpai la habis ramadhan... juga ajar mereka solat 5 waktu, solat terawih ..

ssuai dgn 1 pepatah melayu..melentur buluh biarlh drpd rebungnya. Ptarbiahan yang brjaya trhadap generasi muda(kanak2) msti dimulakan dr kecil lg.

pepatah arab juga myatakn.. pembentukan anak semasa kecilnya umpama memahat di atas batu..


sdikt kisah mgenai seorang ibu pd zaman Nabi saw yg bnama Ar-Rubayyie binti Muawwiz memberitahu: ktika bulan puasa, anak2 kecil kmi turut sma dididik bpuasa. Apbla ke masjid (utk mnunaikan sembahyg fardu) bsama mreka, kmi menyiapkn utuk mreka prmainan yg diprbuat dripd benang. Apbila salah seorg mreka menngis krana lapar brpuasa kami brikannya permainan trsebut supaya dia leka bermain sehinggalah ke waktu berbuka puasa
(riwayat Bukhari dan Muslim)

sy syg kanak2 yg bljar bpuasa ♥

:: ~ selipar jepun dan seorang budak ~ ::

‎"Kerana kesilapan orang lain dia rela berkaki tanpa selipar"

tengah hari jumaat :
terserempak dengan seorang adik seperti mencari-cari sesuatu...
"dik kenapa nie"
dia mendongak..."selipar saya hilang kak"
bile melhat ke bawah..ALLAHUAKHBAR...sebak didada...melihat kaedaan adik ini..dengan muke kepenatan dan sedih..hati siapa xtersentuh...
"adik tunggu sini kejap ye...akk ada selipar...tp xtahu adik suke or x...tunggu kejap ye dik..jangan ke mana-mana"
menangguk tanda setuju...
risau jugak..selipar nie agak keperempuanan...alhamdulillah.​.ada shbt mengesyorkan seliparnya untk adik itu buat pilihan...xkisahlah mana2 yg die pilih asalkan dia dapat mengerjakan amanah ALLAH..yakni solat jumaat...
alhamdulillah..die memilih selipar shbt...sedikit tidak terkilan...malah bersyukur kerana die berselipar...
bile ditanya "cam mane selipar adik boleh hilang?"
"letak kat bawah katil..bile dah siap-siap nak pegi solat jumaat..tgk selipar dah xde.."dengan reaksinye yg kecewa dan sedih.
"xpela dik..sekarang pg solat jumaat..jgn sedih-sedih, jaga diri elok-elok...selipar tue kakak yg nie bg kt adik"
"terima kasih kak"
berakhir sebuah pertemuan...
hati ini sebak, terharu dan terkilan...seorang pelajar tingkatan 1...berkaki ayam dr hostel ke surau sek mencari selipar...dan jika tidak jumpe selipar..dia akan berkaki ayam ke masjid...hati siapa tidak terusik...cube kite letak diri kite, adik-adik kite mahupon anak kite yg menjd adk tadi..mesti xsanggup...sampai ke hari ini...masih mengingati reaksi dan wajah adik itu.."dik, moge menjadi muslimin yg soleh...ALLAHUMMA AMEEN"

p/s: 1- didiklah anak-anak, adik-adik kite semua menjadi seorang yg jujur...jangan disebabkan kite ada yg menderita kesusuhan...

2- kena tolong orang yg didalam kesusahan.
dll.. renung- renungkan dan selamat beramal,, inshaALLAH,,




~ ::     Pengemis Cinta Ilahi      :: ~

Sunday, 31 July 2011

:: kisah wanita itu ::

‎(¯`v´¯)♥♫" :::::: "♫♥
`·.¸.·``(´'`v´'`)♥ ღ☆ღ,*ღ☆ღ*ღ☆ღ*ღ☆ღ*ღ☆ღ* ♥
...♥♥...♥`•.¸.•´
.¸.•´¸.•*♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.
♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•​.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♫
...
Diciptakan wanita itu, lembut fitrahnya…
Halus kulitnya, manis tuturnya…
Telus hatinya membisik di jiwa…
Bukanlah wanita itu lemah…
Bukanlah wanita itu sering bertemankan…
Tangis dan sendu….

•❤•.....•❤•.....•❤•.....•❤•...​..•❤•.....•❤•.....•❤•.....•❤•.​....•❤•

Tetapi disitulah tersimpan kekuatannya..
Menjadi “izzah” yang paling gah..
Malah lebih gah dari keegoaan seorang lelaki..
Lembut wanita bukanlah lemahnya…
Tapi lembut wanita kerana itu senjatanya…
Wanita yang beriman lebih tinggi martabatnya…
Dan wanita yang soleh itu…
Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh…

•❤•.....•❤•.....•❤•.....•❤•...​..•❤•.....•❤•.....•❤•.....•❤•.​....•❤•

Bukanlah fitnah kiranya ar-Rijaal dan an-Nisa’
Sama-sama mejaga kehormatan mereka…
Al-Haya’ itu wujud dalam diri setiap insan…
Wujudnya ia seiring dengan nafas insani..
Kerana Al-Haya’ itulah pakaian iman setiap wanita…
Indahnya Al-Haya’…tercipta sebagai pembeteng diri…
Leburnya Al-Haya’, runtuhlah imannya…

•❤•.....•❤•.....•❤•.....•❤•...​..•❤•.....•❤•.....•❤•.....•❤•.​....•❤•

Diciptakan wanita ibarat sebiji epal…
Epal yang tidak berkualiti…
Mudah dicari…kerana berguguran di tanah…
Tetapi epal yang tak mampu dicapai…
Epal yang berada di puncak..
Susah dipetik,susah digapai..

•❤•.....•❤•.....•❤•.....•❤•...​..•❤•.....•❤•.....•❤•.....•❤•.​....•❤•

Diciptakan wanita itu indah budi pekertinya….
Dari rusuk si lelaki…
bukan dari kaki untuk dialasi…
Bukan dari kepala untuk dijunjung…
Tetapi dekat dibahu untuk dilindung..
Dekat juga di hati untuk dikasihi..
Indahnya wanita seindah mutiara kasih..

•❤•.....•❤•.....•❤•.....•❤•...​..•❤•.....•❤•.....•❤•.....•❤•.​....•❤•

(¯`v´¯)♥Amiin Ya Robbal 'alamiin
`·.¸.·``(´'`v´'`)♥(¯`v´¯)♥(¯`v​´¯)
..♥♥...♥.`•.¸.•´♥. `·.¸.·`.♥`·.¸.·`♥" Sang Pencari Cinta Sejati-Nya"♥
(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`​v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯​)♥
`·.¸.·`¸.´`·.¸.·`¸.´`·.¸.·`¸.`​`·.¸.·`¸.``·.¸.·`¸.``·.¸.·`¸.´​`·.¸.·

Saturday, 30 July 2011

:: pengemis cinta Ilahi :;

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim..
May Peace and Blessing be Upon Muhammad , the last of all the proPhets..

I am a muslim women who is modern , yet insist of maintaining my islamic virtue as what had been taught by Prohet Muhammad thru the Revelation of The Holy Quran..

Syukran kaser wa Jazakallahu khairan Kaseer for opening my blog as there are things which i NEED to say ..

WHATEVER it is i leave the judging to Allah as Allah knows what is in their heart..as appearance doesnt tell everything about a person..



*´¨)
¸.•´¸.•*´¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•` ¤ ANA ALIDAF ADI ( PENGEMIS CINTA ILAHI )