Sunday, 7 August 2011

! ~ Anugerah Solehah Yang Tinggi ~ !



Assalamualaikum,,,sahabat- sahabat yang dikasihi sekalian.  Alhamdulillah,,saat ini, ana yang zulmat ini diberi sedikit ruangan masa dan tenaga untuk berkongsi sesuatu yang mungkin dapat kita jadikan panduan dan pedoman dalam melayari kehidupan kita di akhir zaman ini. inshaALLAH..mengenai AURAT...

Ana pernah mendengar pendapat wanita itu mengatakan "Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." Persoalan yang ana dapat, adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt????

Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

kita ambil pengajaran daripada sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih

Sedikit kisah jua daripada seorang rakan. Dia menceritakan bagaimana dia malu apabila sikapnya yang suka mendedahkan aurat ditegur saudara kandungnya sendiri yakni abang kandungnya. Katanya, pada suatu petang sebelum pergi untuk bekerja, dia menyiapkan diri dengan berpakaian t-shirt bersaiz BUDAK-BUDAK , mengenakan seluar jeans dan tudung bawal jarang. Sebelum kakinya melangkah keluar dari pintu rumah, tiba- tiba dia ditegur abangnya.
Abang: ni kenapa pakai baju ketat, seluar ketat ni??? Tak malu ke bila lelaki tengok body hang???
Aina(bukan nama sebenar) : erpp (dengan muka tersentap dan malu). Err….
Sejurus selepas teguran itu,aina terus masuk ke bilik dan menangis semahunya,,dia sedar! Dia malu akan kata-kata abangnya, dia membayangkan bagaimanakah pandangan lelaki-lelaki lain di saat dia memakai pakaian yang ketat itu’ malunya tidak terhingga…di saat itulah  hidayah Allah melimpah kepadanya,,,dia berubah akhirnya,, kepada yang ketat kepada longgar, daripada jarang kepada yang tebal,,,,,~ Alhamdulillah,,,, =)

Sahabiah sekalian, kalian tentu dah tahu bukan,,wanita itu anugerah solehah yang tinggi khusus buat ayahandanya, abangnya, suaminya dan keluarganya,,lihatlah, begitu banyak harta yang ada pada diri yang di beri loan oleh Allah untuk kita pelihara sebaiknya,,,,
Lihat ni,,banyak kan harta yang berharga ada pada wanita. Dibandingkan dua ganjaran dari Allah,,bagi orang yang berpuasa, mereka akan memasuk syurga melalui pintu puasa yakni pintu Ar-Rayyan, begitu juga yang syahid, dermawan dan sebagainya. Tetapi bagi wanita solehah, mereka ada peluang untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai. C….besarkan GANJARAN ALLAH BUAT WANITA YANG SOLEHAH..Sungguh tinggi darjatnya disisi Allah swt. Abaikanlah andai darjat anda disisi manusia diperosok ke dasar yang paling bawah kerana sifat solehah anda. Utamakan apa sahaja di sisi Allah Swt.

Harta yang berharga ada pada wanita, terkadang mengundang padah.  sesuatu yang di anugerahkan Allah , harta yang tidak ternilai, namun menggunakan harta itu ke jalan yang mengundang dosa, !
1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Ayuh sahabiah, kita kekalkan harta yang berharga ini khusus buat yang haq, terpelihara daripada nuansa dosa,,,, inshaALLAH,,,

SEMOGA KITA DAPAT BERAMAL . AMIN YA ALLAH
~ Pengemis Cinta Ilahi ~








No comments:

Post a Comment